[Video] Ini Yang Sering Terjadi Jika Si Isteri Beli Barang Guna Duit Suami.. Tapi Ayat Last Tu Yang Para Suami Nak Dengar
Antara ilmu dan skill yang paling penting sebagai ketua ialah ilmu kewangan, ilmu pengurusan keluarga, dan skill untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga. Memang tak dapat nak dinafikan bahawa faktor ekonomi dan kewangan ialah antara faktor terpenting untuk mengekalkan kebahagiaan sesebuah keluarga yang dibina.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial TikTok apabila seorang lelaki bertanya mengenai duit baki kepada isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila melalui kapsyen videonya, dia berkata “duit baki auto jadi duit isteri”. Hal ini kerana, barang yang dibeli hanya RM40 dan dia memberikan isterinya RM100.
Tetapi bila ditanya mengenai duit baki, si isteri dengan selamba menyimpan duit tersebut. Malah, dia siap bertanya semula kepada suaminya “Kenapa? Awak nak ke duit tu?”.
“Kita para suami memang faham sangat bang. Beli RM50, bagi RM100 pun tak ada baki” – Netizen
Rata-rata netizen khususnya para suami turut mengalami pengalaman yang sama.
[Video] “Potong Selera Dibuatnya.” Pelanggan Ini Jumpa Sesuatu Dalam Ayam Goreng Nasi Kandar