Video Kecik Kecik Dah Pandai Membebel Aksi Si Comel Ini Buat Ramai Geram

[Video] “Kecik-Kecik Dah Pandai Membebel” – Aksi Si Comel Ini Buat Ramai Geram

Tidak dinafikan setiap apa yang dilakukan oleh anak kecil sering mencuit hati mereka yang melihat dan merakam gelagat mereka sebagai momen yang tidak akan dilupakan.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila telatah seorang budak perempuan membebel dekat ayahnya telah mencuit hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurulnajwasalahud, kelihatan budak perempuan itu mendapati ayahnya sedang baring di ruang tamu.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia mula membebel kepada ayahnya seolah-olah menyuruh si ayah bangun dan buat kerja.

Lebih melucukan, dia siap menuding jari seperti mengarahkan si ayah mendengar bebelannya. Gelagatnya itu membuatkan si ibu tergelak.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan itu membebel dekat ayahnya. Malah, ada yang kata dia mengikut perangai ibunya.

Sumber

Baca : [Video] “Yakin Betul Cakap Haram!” Wanita Ini Menggelabah Nampak Perkataan ‘Pork’ Di Botol Rempah Ratus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *