
[Video] “Kenapa Bahasa Melayu B?” – Jawapan Spontan Si Cilik Ini Mencuit Hati Netizen
Keputusan peperiksaan pelajar sangat penting kepada ibu bapa. Ini kerana ibu bapa dapat mengetahui prestasi anak-anak mereka dalam pelajaran di sekolah dengan keputusan tersebut.
Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini,seorang pengguna yang memakai id @nurhafzan6644 merakam keterujaannya untuk melihat keputusan peperiksaan anaknya.
Video tersebut menunjukkan ,kanak-kanak ini sangat petah orangnya dan cerdik.
Ketika dia mememberi ibunya kertas keputusan peperiksaannya, ibunya berasa sangat teruja dengan keputusan cemerlang si kecil itu. Dimana semua subjek si kecil mendapat gred A kecuali Bahasa Melayu.
Ketika ditanya oleh si ibu mengapa subjek Bahasa Melayu mendapat gred B, jawapan kanak-kanak ini membuatkan si ibu terkedu dan ketawa.
“Kenapa Bahasa Melayu dapat B?” tanya si ibu.
“Sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu,” jawab si cilik itu sambil tersipu-sipu.
Jawapannya mengundang tawa ibunya.
Ibunya kemudian tidak mematahkan semangat kanak-kanak itu apabila memberi nasihat bahawa dia perlu membuat banyak lagi latihan agar mahir dalam mata pelajaran tersebut.
Rakan ‘Senyap’ Selepas Berhutang, Bolehkah Ambil Semula Duit Tanpa Diketahui?