TerasMalaysia

[Video] Meriahnya Kenduri Kahwin Di Kampung Ini Dah Macam Kat Pasar Malam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

[Video] Meriahnya Kenduri Kahwin Di Kampung Ini Dah Macam Kat Pasar Malam

Tradisi merewang iaitu aktiviti bergotong-royong di kampung menjadi satu kemeriahan dalam sesebuah majlis perkahwinan suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, aktiviti itu semakin hilang ditelan zaman memandangkan kini ramai penganjur lebih rela menggunakan khidmat katering dalam penyediaan makanan kenduri.

Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi kenduri kahwin meriah dengan makanan seperti pasar malam telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu berada di sebuah kenduri kahwin di Kuala Ketil, Kedah.

Apa yang membuatkan dia berasa teruja apabila tetamu yang hadir ke kenduri kahwin itu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan. Situasi itu seolah-olah seperti berada di pasar malam.

Malah, di ruangan komen ibu saudara kepada tuan rumah ini berkata, kesemua makanan itu adalah makanan sponsor daripada orang-orang kampung disitu.

Rata-rata netizen turut teruja melihat kemeriahan kenduri itu dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Sumber

[VIDEO] Pemuda Ini Terus Trauma Bila Terjumpa Sesuatu Dalam Nasi Kukus

Leave a Comment