[Video] Momen Tersalah Sebut Nama Semasa Akad Nikah Ini Buat Ramai Ketawa
Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.
Baru-baru ini terdapat satu perkongsian sebuah video oleh @apexpetai95 di TikTok bikin ramai terhibur dimana ayah mentua pengantin lelaki yang gugup telah mencuri tumpuan semasa beliau mewalikan anak perempuannya dalam satu majlis akad nikah.
Menerusi video berkenaan, kelihatan upacara akad nikah sedang berlangsung di rumah pengantin perempuan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja wali menyebut akad, pengantin lelaki cepat-cepat tegur kerana wali tersalah sebut nama ayahnya.
“Eh tu nama ayah saya”, kata pengantin lelaki.
Perkara itu berlaku disebabkan ayah mentua yang menjadi wali itu gugup dan nervous. Situasi itu membuatkan satu rumah tergelak mendengarnya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih banyak tontonan, dan rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.
[Video] Budak Ini Panggil PM Macam Panggil Kawan Raih Perhatian Netizen