Video Netizen Menyuruh Pemuda Ini Bersiap Sedia Untuk Dimarahi Oleh Ibunya

[Video] Netizen Menyuruh Pemuda Ini Bersiap Sedia Untuk Dimarahi Oleh Ibunya

Barang keperluan mak-mak ini memang ada nilai di mata mereka meskipun kita tengok alatan tersebut sudah pun tidak digunakan lagi. Antara barang yang mak-mak suka simpan ialah tupperware. Penuh dalam almari tetapi dijadikan hiasan di rumah sahaja dan jarang-jarang menggunakannya. Walau bagaimanpun, yang jarang guna itulah jadi paling gerun kalau kita rosak atau hilangkan.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki menggunakan penutup Tupperware untuk menutup kuali yang panas itu telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang mengukus tauhu. Kemudian, dia menutup tauhu yang dikukus itu dengan menggunakan penutup Tupperware.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila penutup tupperware itu mencair dek kerana kuali yang panas itu. Tupperware itu nampak seperti cheese yang mencair.

Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur. Malah, mereka juga menyuruhnya bersiap sedia untuk dimarahi oleh ibunya disebabkan menggunakan penutup Tupperware

.

@yohanes_putra

Klarifikasi, Part 2 Ngukus pake Tupperware! leleh dadi mozarella 😁

♬ suara asli – Yohanes Putra – Akbar Gemilang

Rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Sumber

[Video] Aksi Si Adik Jemput Abang Balik Sekolah Cuit Hati Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *