[Video] Para Suami Ini Buat Challenge Pakai Baju Isteri Mengundang Tawa
Hari Keluarga diadakan bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga masing-masing. Waktu hari keluarga adalah waktu yang seronok untuk kumpul beramai-ramai, buat aktiviti bersama dan sebagainya.
Sama seperti sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi momen hari keluarganya. Namun, salah satu aktiviti yang dilakukan mereka pula telah menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @iedaharun._, kelihatan dia berkongsi momen ketika mereka melakukan aktiviti hari keluarga mereka.
Aktiviti yang dilakukan adalah, para suami diminta untuk memakai pakaian isteri dan perlu memperagakan pakaian tersebut ala-ala fashion show.
Lebih melucukan lagi, cara pakaian mereka itu saling tak tumpah seperti mak cik-mak cik yang baru saja pulang daripada membawang. Malah, dengan saiz perut seperti orang mengandung juga telah mengundang tawa ramai. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat para suami itu.