
[Video] “Pecut!” – Acara Lumba Lari Pas Baton Diganggu Sesuatu..
Lari berganti-ganti merupakan sebahagian dari acara olahraga yang dipertandingkan. Ianya memerlukan peserta membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuatnaikkan oleh @shfq.emyra di TikTok yang memaparkan seorang pelajar sedang bertanding berlari namun ada pula kejadian yang tidak diingini berlaku telah mencuri tumpuan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar sedang memasuki acara pertandingan berlari baton di stadium.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sedang asyiknya seorang pelajar perempuan berlari ke garisan penamat, tiba-tiba datangnya seekor anjing dari belakang mengejarnya.
Perkara itu membuatkan dia berlari lebih laju daripada sebelumnya. Lebih melucukan lagi adalah apabila salah seorang pelajar lelaki dilihat ingin menghalau anjing itu namun dia tergelincir pula membuatkan ramai terhibur.
Susulan tularnya video tersebut meraih banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan ikut gelabah.
[Video] Ini Lah Yang Dikatakan ‘Sambil Menyelam Minum Air’ – Gelagat Remaja Ini Bikin Dekah