
[Video] Pelajar Istimewa Berbangsa Cina Ini Buat Sesuatu Semasa Rakan-Rakannya Sedang Solat Menyentuh Hati Netizen
Suruhan berbuat baik sesama manusia ini tidak hanya terhad kepada sesama orang Islam sahaja. Malah, setiap orang disuruh untuk berbuat baik sesama manusia walaupun berbeza agama dan kaum.
Seperti sebuah video dari seorang guru di laman sosial TikTok, apabila seorang pelajar istimewa berbangsa Cina dilihat sedang menyusun dan membuka tali kasut ketika rakannya sedang solat telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik @arasyi_28, dia berkongsi momen ketika seorang pelajar istimewa berbangsa Cina sedang menyusun kasut rakannya.
Difahamkan, sehari sebelum kejadian guru itu berasa pelik kerana kasutnya berada di atas rak selepas selesai solat. Rupa-rupanya, ada seorang pelajar Cina yang menyusun kesemua kasut.
Pada hari seterusnya, dia berpura-pura duduk bersama pelajar yang lain untuk melihat perbuatannya. Apa yang menarik perhatiannya adalah apabila pelajar itu mengambil semua kasut yang berselerak dan menyusunnya di rak kasut yang disediakan.
Malah, dia juga membuka kesemua tali kasut bagi memudahkan rakan-rakannya. Perbuatannya itu jelas menunjukkan keperibadian yang baik walaupun dia merupakan insan istimewa.
“Hebat adik ni. Nampak didikan ibu dan ayah adik ni memang baik” – Netizen
Baca :Ā [Video] Gelagat Si Cilik Baca Doa Saat Mahu Jumpa Doktor Mencuit Hati Netizen