
[VIDEO] Pemuda Ini Terus Trauma Bila Terjumpa Sesuatu Dalam Nasi Kukus
Isu melibatkan kebersihan di kedai makanan semakin menjadi-jadi pada masa kini sehingga mendatangkan kebimbangan di kalangan pengunjung seperti mana dilalui oleh lelaki ini.
Siapa sangka, ‘mood’ seorang lelaki sewaktu menjamah makanan di sebuah kedai nasi kukus viral di Sabah terbantut apabila dia menemui sesuatu aneh.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda dan rakan-rakannya sedang menjamu selera di sebuah kedai nasi kukus.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila salah seorang pemuda menjumpai seekor tikus selepas dia habis makan. Pada awalnya, dia menyangka daging berkenaan merupakan ayam yang disaluti kuah.

Namun, sangkaannya ternyata salah apabila dia menjumpai seakan-akan misai tikus. Perkara itu membuatkan ramai trauma dan loya tekak.
“Tolong la saman, bahaya gila. Tak pasal-pasal kena penyakit entah apa-apa” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih perhatian di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.