
[Video] “Potong Selera Dibuatnya.” Pelanggan Ini Jumpa Sesuatu Dalam Ayam Goreng Nasi Kandar
Apa pendapat anda tentang makan di tempat yang tidak pasti tahap kebersihannya tetapi menyajikan masakan yang enak? Mungkin ramai daripada kita akan tetap makan di situ tanpa menghiraukan tahap kebersihan tempat makan tersebut. Tetapi sedarkah anda tentang kesan yang bakal anda hadapi jika terkena jangkitan kuman sehingga membawa maut?
Baru-baru ini, tular pula sebuah video yang dimuatnaikkan oleh @penang_kini_official memaparkan seekor ulat sampah dilihat masih bergerak di celah ayam goreng di sebuah restoran nasi kandar telah meraih tumpuan ramai.
Difahamkan, restoran nasi kandar tersebut berada di Kepala Batas, Pulau Pinang dan sebelum ini pernah tular juga gara-gara pekerjanya mencuci pinggan di belakang kedai menggunakan air lecak.
Perkara itu membuatkan ramai rasa geli dan naik loya. Ia sememangnya tidak harus terjadi di mana-mana restoran kerana boleh menyebabkan para pelanggan mengalami keracunan makanan.
“Dah ramai yang dah kena, dok pi lagi makan dekat kedai mamak celup ni” – Netizen
Berikutan video tersebut, rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing.
[Video] Gelagat Si Cilik Baca Doa Saat Mahu Jumpa Doktor Mencuit Hati Netizen