[Video] “RM1 Mana Cukup” Reaksi Merajuk Dan Perubahan ‘Mood’ Si Comel Ini Buat Netizen Terhibur
Mungkin sifat semulajadi wanita yang menjadikan naluri mereka sangat sensitif dan emosi mereka boleh berubah dalam sekelip mata.
Sama seperti sebuah video yang telah dimuatnaikkan oleh seorang lelaki tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak perempuan merajuk gara-gara ayahnya beri duit belanja kurang telah mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ahmadfakhariibrahim, kelihatan dia berkongsi momen ketika dia menghantar anaknya ke sekolah.
Disebabkan dia hanya memberikan duit RM1 sahaja kepada anaknya, si cilik itu terus merajuk tanpa memandang mukanya. Riak wajahnya juga jelas kelihatan merajuk dan tidak berpuas hati dengan duit belanja yang diberikan.
Tetapi sebaik sahaja dia menambah duit belanja anaknya kepada RM2, terus si cilik itu senyum lebar. Malah, dia siap cium ayahnya kerana bagi duit belanja lebih.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si cilik itu yang terus berubah ceria disebabkan ayahnya menambah duit belanja.
[Video] Netizen Menyuruh Pemuda Ini Bersiap Sedia Untuk Dimarahi Oleh Ibunya