
[VIDEO] Seriau! Remaja Ini Kongsi Detik Cemas Kemalangan Jalan Raya
Tular sebuah video memaparkan detik cemas seorang remaja terlibat dalam kemalangan di atas jalan raya.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @amcaazarol di tiktok, dilihat bagaimana seorang remaja berkongsi video detik-detik cemas ketika berada di selekoh jalan raya.
Jelasnya, ketika itu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan rakannya di Bukit Bintang melalui jalan susur keluar SUKE highway.
Secara tiba-tiba, rantai motosikalnya terputus di selekoh jalan dan menyebabkan kemalangan kecil.
“Rantai 415 dah 2 kali aku pakai putus. Baik 428 la lagi elok” – Netizen
Susulan tularnya video yang kini telah meraih perhatian netizen di TikTok, rata-rata netizen turut berkongsi nasihat dan tips penggunaan rantai motosikal yang sesuai.
[VIDEO] Tak Sangka Pemuda Cina Ini Buat Sesuatu Semasa Tunggu Rakan Solat Jumaat Buat Orang Terharu