TerasMalaysia

[Video] “Susah Betul Nak Jaga Dia Ni..!” – Gaya Luahan Si Abang Buat Netizen Memahami Perasaannya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

[Video] “Susah Betul Nak Jaga Dia Ni..!” – Gaya Luahan Si Abang Buat Netizen Memahami Perasaannya

Sudah menjadi kewajiban sebagai seorang anak sulung untuk menjaga adik-adiknya. Selain itu, mereka juga perlu mempunyai sifat bertanggungjawab dan bertoleransi dengan adik-adik mereka.

Menerusi video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, luahan daripada seorang abang tentang perasaannya yang stress

untuk menjaga adik telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki dan adik perempuannya baru saja pulang dari taman permainan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ayahnya menyoal siasat mereka dan bertanya kenapa mereka balik lambat. Pada asalnya, mereka berjanji untuk pulang ke rumah sebelum pukul 7 malam.

Lebih melucukan lagi adalah apabila budak lelaki itu menyalahkan adik perempuannya kerana tidak mahu pulang walaupun telah dipujuk.

Lebih menghiburkan lagi, abangnya itu sudah kelihatan stress namun adik perempuannya dengan selamba buat muka tak bersalah.

@shukri1902

Membalas kepada @Orked Ali995 Yang ori lebih stress 😂

♬ bunyi asal – Ahmad Shukri Kamarudin – Ahmad Shukri Kamarudin

“Dia ni haa Fatimah, orang nak balik lepas tu orang nak Fatimah balik jugak lepas tu dia tak nak! Pastu orang ajak-ajak Fatimah, dia asyik nak main je. Susah betul nak jaga dia ni”, katanya.

“Jaga adik pun dah stress dik. Lagi-lagi awek, naik gila dik. abang faham perasaan adik” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5.8M tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Sumber

[Video] Wanita Terjumpa Lelaki Mirip Arwah Ayahnya Di Tanah Suci Makkah Buat Netizen Sebak

Leave a Comment