[VIDEO] Tak Sangka Pemuda Cina Ini Buat Sesuatu Semasa Tunggu Rakan Solat Jumaat Buat Orang Terharu
Kepelbagaian kaum bukan satu kelemahan sebaliknya faktor kekuatan Malaysia untuk terus membangun sebagai negara berdaulat dengan rakyatnya hidup dalam suasana aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum inilah yang merupakan kebanggaan dan kemegahan yang sering kita pamerkan kepada masyarakat dunia.
Justeru itu, tidak hairan lah dimana-mana akan terlihat pelbagai kaum berkawan rapat. Barulah ada kerharmonian negara. Walaupun berlainan bangsa, tetapi setiap agama perlulah dihormati.
Tular di media sosial apabila kelihatan seorang lelaki Cina sedang menunggu di dalam kereta ketika rakan-rakannya pergi menunaikan solat.
“Bila kau seorang Cina dan kau keluar dengan geng kau yang semua Melayu, waktu solat ni kau kena masuk masjid dan tunggu diaorang solat di luar masjid,” katanya.
Malah, dia juga berkongsi ketika setiap kali saja habis rakan-rakannya solat, mereka akan memberikan songkok ataupun kopiah untuk dipakainya.
Hasil perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen. Rata-rata ramai memuji sikapnya yang memahami dan menghormati agama Islam dan rakan-rakan nya yang tidak meninggalkan solat walaupun mereka berada dimana-mana.
Suami Buat Sesuatu Yang Buatkan NoorKhiriah Kagum, ‘Semoga Allah Saja Yang Balas’