Video Tinggi Ilmu Adik Ni Hanya Dia Je Yang Boleh Nampak Sos Tu Aksi Mamai Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah

[Video] “Tinggi Ilmu Adik Ni. Hanya Dia Je Yang Boleh Nampak Sos Tu..” – Aksi Mamai Si Comel Ni Buat Netizen Berdekah

Kebiasaannya jika kita baru bangun tidur pasti kita akan mengambil masa beberapa minit sebelum melakukan kerja kan?

Hal ini kerana kadang kala kita masih mengantuk atau mamai untuk melakukan sesuatu kerja. Sebab itu kita perlu mengambil masa beberapa minit untuk betul-betul menyedarkan diri sebelum melakukan sesuatu.

Video yang tular di TikTok baru-baru ini dimuat naik oleh @aisyah_ariffin memaparkan seorang kanak-kanak perempuan makan pizza dalam keadaan masih mamai.

@aisyah_ariffin

sampai sekarang aq xjmpa lagi kat mana sos hat dia cicah tu🥹 u guys nmpk ke? #asyukohasyuk

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Menerusi video berkenaan, kelihatan si ibu merakam telatah anaknya yang baru saja bangun daripada tidur.

Disebabkan baru bangun dan masih dalam keadaan mamai, si cilik itu terus mengambil makanan tanpa membasuh muka terlebih dahulu. Tetapi, dia dengan selamba mencicah pizza di atas meja.

Situasi itu membuatkan ramai yang terhibur kerana hanya si cilik itu saja yang nampak sos itu. Malah, ramai yang berkata mungkin disebabkan meja yang berwarna merah itu yang membuatkan dia terbayang sos di meja.

Video tersebut telah mengundang tawa warganet. Rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi mamai si cilik itu.

Sumber

[Video] “Susah Betul Nak Jaga Dia Ni..!” – Gaya Luahan Si Abang Buat Netizen Memahami Perasaannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *