[Video] Wanita Ini Berkongsi Momen Berselisih Dengan Suaminya Di Atas Awan
Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.
Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Kebiasaannya, orang lelaki yang ramai jadi pilot.
Bru-baru ini ,seorang pilot wanita berkongsi momen berselisih dengan suaminya di atas awan telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @msmunirah, kelihatan wanita itu sedang membawa kapal terbang dan lalu di laut China selatan.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila dia merakam momen di mana dia berselisih dengan suaminya di udara. Suaminya juga merupakan seorang pilot dan kebetulan mereka terbang pada waktu dan hari yang sama.
Rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut. Malah, ramai yang meninggalkan komen kelakar dan bergurau dengan wanita itu.


[Video] “Pecut!” – Acara Lumba Lari Pas Baton Diganggu Sesuatu..