TerasMalaysia

[Video] Wanita Terjumpa Lelaki Mirip Arwah Ayahnya Di Tanah Suci Makkah Buat Netizen Sebak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

[Video] Wanita Terjumpa Lelaki Mirip Arwah Ayahnya Di Tanah Suci Makkah Buat Netizen Sebak

Kehilangan orang tersayang di sisi pastinya memberi kesan yang mendalam kepada setiap individu terutamanya apabila insan tersebut telah pergi buat selamanya. Rindu adalah perkara paling menyeksakan dan membuatkan kita terkesan seumur hidup. Lebih-lebih lagi jika kehilangan ibu atau ayah tercinta.

Kadangkala, kita pasti akan berdoa supaya dapat bertemu dengan mereka semula jika diberi peluang.

Siapa tidak terkejut dan sebak melihat seseorang mirip paras insan yang telah pergi. Terutamanya insan kesayangan kita sendiri. Apabila perkara ini terjadi sesiapa pun akan terubat rindu walaupun hanya sedikit.

Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan kisah seorang wanita yang terjumpa lelaki persis arwah ayahnya di tanah suci Makkah telah menyentuh hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @eliaizham, kelihatan wanita itu berkongsi kisahnya yang terjumpa dengan seorang lelaki di Makkah ketika dia menunaikan ibadah umrah.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila wajah lelaki itu iras arwah ayahnya yang telah meninggal beberapa tahun lalu.

Lebih menyentuh hati, dia sanggup mengejar individu tersebut dan dia turut bersetuju wajahnya sama seperti arwah ayahnya.

Video berkenaan telah mendapat banyak perhatian daripada netizen. Rata-rata netizen turut sebak dan dapat bayangkan bagaimana perasaan wanita itu apabila bertemu dengan seseorang seiras orang yang telah tiada.

Sumber

Gadis Ini Cuak Kena ‘Panggil’ Dekat Traffic Light. Rupa-Rupanya…

Leave a Comment