
[Video] “Yakin Betul Cakap Haram!” Wanita Ini Menggelabah Nampak Perkataan ‘Pork’ Di Botol Rempah Ratus
Itulah pentingnya English education (pembelajaran bahasa Inggeris)!
Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian video memaparkan seorang wanita yang mendakwa satu jenama rempah ratus yang terdapat di pasaran mengandungi ‘pork’ atau babi.
Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 21 saat yang kini tular di media sosial itu, wanita berkenaan membuat rakaman dia sedang membelek botol rempah ratus yang disusun di rak sebuah pasar raya.
Dia yang mahu mencari ‘seasoning’ untuk membuat perapan daging ayam bagaimanapun memaklumkan dirinya terkejut apabila mendapati terdapat perkataan ‘pork’ pada pelekat di kebanyakan botol satu jenama rempah ratus yang dipamerkan di rak.
Tambah wanita tersebut, perkongsian berkenaan dilakukan kerana mahu pengguna khususnya yang beragama Islam agar lebih berhati-hati dan teliti sebelum membeli sesuatu barangan makanan yang dikhuatiri mengandungi unsur haram.
Bagaimanapun disebabkan perkongsian tersebut, wanita berkenaan menerima kecaman hebat netizen gara-gara ‘terlebih yakin’ menunjukkan ‘kepandaian’ sehingga mencetuskan kekecohan di media sosial.
Ini kerana, wanita tersebut tersilap melihat perkataan ‘pork’ pada pelekat botol rempah ratus di mana ia bukanlah dalam kategori ‘bahan-bahan’ (ingredients), sebaliknya ia dalam kategori ‘digunakan pada’ (use on).
Ia bermaksud rempah ratus berkenaan sesuai digunakan sebagai perapan untuk daging-daging termasuklah babi.
Difahamkan video tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan daripada akaun wanita tersebut, malah ia turut ditetapkan mod ‘private’.
Baca: [Video]”Potong Selera Dibuatnya.” Pelanggan Ini Jumpa Sesuatu Dalam Ayam Goreng Nasi Kandar