Viral gadis guna Ajinamoto buat masker, tak sangka ‘ending’ jadi macam ni selepas 3 hari
Sesetengah individu menggunakan bahan perasa seperti Ajinomoto sebagai perasa tambahan untuk menambahkan kelazatan sesuatu hidangan. Jika tambahan perasa ini tidak diletakkan, bagi sesetengah individu rasa tersebut boleh dikatakan kurang memikat selera.
Tetapi lain pula bahan tersebut digunakan oleh gadis ini iaitu untuk dapatkan kulit wajah yang putih dan cantik. Inilah antara masker ajinamoto yang dikatakan cukup popular.
Dalam perkongsian video, masker ajinamoto disapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hsilnya dalam tempoh 3 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah dan nampak ‘glowing’.
Paling penting, bajet untuk rawatan ini tidak terlalu mahal dan hasilnya sangat super.
Bahan:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
Caranya:
Campurkan ajinamoto dengan sedikit air.
Kemudian, sapukan pada seluruh wajah.
Biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air bersih.
Selain itu, tidak hanya menggunakan ajinamoto semata-mata, boleh saja campurkan dengan tomato kisar atau lobak merah, mengikut kesesuaian.
Khasiat masker ajinamoto pada kulit wajah:
- Berguna untuk masker wajah
- Bermanfaat sebagai toner wajah.
- Berguna sebagai scrub wajah.
- Berguna sebagai sabun cuci muka.
Rasanya masker ini viral dari hujung tahun lepas lagi. Tapi tak pasti keberkesanannya. Mungkin ada yang sesuai dengan kulit muka mereka.
Baca : Wanita upah RM52 untuk bunuh suami, tak cukup dengan tawaran, anak gadis pun jadi mangsa