Viral Video Budak Kencing Di Dapur Restoran Diarah Tutup Serta Merta

Viral Video Budak Kencing Di Dapur, Restoran Diarah Tutup Serta-Merta

Sebuah restoran diarah tutup serta merta selepas tular di media sosial apabila seorang budak lelaki membuang air kecil di bahagian dapur restoran yang terletak di sebuah pusat beli belah di Kota Tinggi.

Menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon, tindakan itu dibuat selepas Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi menjalakankan siasatan di premis berkenaan pada Jumaat, pukul 11.45 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati premis berkenaan disewakan kepada warga asing. Kesemua empat pengendali makanan tersebut didapati tidak mempunyai Sijil Latihan Pengedali Makanan dan seorang daripada mereka tidak mempunyai suntikan Typhoid.

BACA: Menakutkan, Tular Video Kawasan Tanah Runtuh

“Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan di bawah Seksyen 10(1) Akta Makanan 1983,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Kompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik premis kerana gagal memastikan premis di dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11(1), dibaca bersama Peraturan 15(1) kerana tidak mendaftarkan premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya lagi.

Viral Video Budak Kencing Di Dapur Restoran Diarah Tutup Serta Merta

Jelas Tian Soon, premis terbabit turut mempunyai kesalahan lain, antaranya lantai premis kotor tidak dibersihkan, dinding berhabuk dan bersawang serta pencemaran di tempat penyimpanan makanan.

Tian Soon berkata bahawa penyimpanan makanan yang tidak bersih juga dikesan, di mana terdapat talang telur yang berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur itu tidak dicuci sebelum digunakan.

“Tempat mencuci tangan juga tidak dilengkapi dengan sabun dan tuala pakai buang atau pengering tangan, menggunakan tong sampah yang kotor, tidak bertutup dan tidak dibersihkan,” kata Tian Soon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *