TerasMalaysia

Walaupun basah kuyup, kanak-kanak ini gigih payungkan ibunya yang tengah solat tarawih ketika hujan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Walaupun basah kuyup, kanak-kanak ini gigih payungkan ibunya yang tengah solat tarawih ketika hujan

Baru-baru ini,tular rakaman video menunjukkan seorang budak lelaki memegang payung sewaktu ibunya mengerjakan solat tarawih ketika hujan.

Momen menyentuh hati itu dimuat naik di akaun TikTok @n0tyourhabibtii, pada 30 Mac lalu.

Menerusi video tersebut, kelihatan jemaah menunaikan solat tarawih ketika hujan sehingga mereka basah lencun di luar masjid.

Pada masa sama, seorang budak lelaki yang berada dalam salah satu barisan jemaah mencuri tumpuan.

Mana tidaknya, dia berusaha untuk memayungkan ibunya yang sedang solat agar tidak basah.

Malah, dia dilihat begitu berhati-hati mengikut setiap pergerakan solat ibunya bagi memastikan tidak terkena hujan.

@n0tyourhabibtii

Membalas @Hafizzz aku gpp sakit asal jgn ibuku, sebab duniaku berhenti ketika dia sakit🥺

♬ Ummi (Mother) – Maher Zain

Rata-rata warganet di TikTok juga mengtakan mereka sebak dan terharu melihat tindakan kanak-kanak itu kerana dia turut sama bangun dan duduk mengikut pergerakan solat ibunya agar payung yang dipegangnya tetap melindungi wanita itu daripada hujan..

Sumber

Baca : Kanak-kanak boleh bermain dalam masjid lepas solat tarawih

Leave a Comment