Walaupun berada didalam kereta yang terbakar, tumbler jenama milik wanita ini masih elok dan boleh diguna pakai.
Baru-baru ini, seorang wanita di luar negara mengalami kejutan apabila keretanya terbakar. Namun, perhatian tertarik kepada tumbler atau botol air jenama terkenal Stanley miliknya yang berada di dalam kereta pada ketika itu. Wanita tersebut, dikenali sebagai Danielle, telah berkongsi pengalaman ini di TikTok, menunjukkan kekagumannya terhadap kualiti tumbler Stanley.
Dalam video TikTok yang berdurasi 14 saat, Danielle terlihat mengangkat tumbler Stanley tersebut dan menggoncangkannya untuk menunjukkan bahawa ais di dalamnya masih utuh dan tidak cair, walaupun berada di dalam kereta yang terbakar.

Walaupun bahagian luar tumbler itu sedikit menghitam dan sedotan bengkok akibat haba kebakaran, bahagian dalamnya kelihatan tidak terjejas. Ini menunjukkan kualiti yang baik, di mana ais dapat kekal beku walaupun dalam keadaan suhu yang tinggi.
@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup ♬ original sound – Danielle
Yang menariknya lagi, video kejadian ini telah menarik perhatian CEO syarikat jenama Stanley. Beliau dengan sukacitanya ingin memberikan wanita tersebut kereta baru dan tumbler Stanley baru sebagai ganti. Kejadian ini telah menjadi satu bentuk promosi percuma bagi jenama Stanley, dengan pengguna TikTok yang mengesahkan keyakinan mereka terhadap kualiti produk tersebut di ruang komen. Banyak dari mereka kini berminat untuk memiliki tumbler terbaik dari jenama tersebut.
@stanleybrand #stitch with @Danielle ♬ original sound – Stanley 1913