TerasMalaysia

Walaupun buta, OKU ini tunjuk cara macam mana dia ‘update’ status

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Walaupun buta, OKU ini tunjuk cara macam mana dia ‘update’ status

Teknologi dengan OKU penglihatan pada hari ini tidak lagi boleh dipisahkan. Adanya pelbagai teknologi yang berasaskan maklumat atau dikenali sebagai Information Technology (IT) sebenarnya sangat membantu aktiviti harian atau pekerjaan seseorang OKU penglihatan.

Pasti ramai pernah terlintas di fikiran bagaimana OKU penglihatan menaip mesej menggunakan telefon pintar.

Seorang lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan berkongsi cara menggunakan telefon bimbit membuatkan orang ramai berasa kagum.

Menerusi perkongsian satu video TikTok, pemuda tersebut dikenali sebagai Loh Boon Keat menunjukkan cara menggunakan ‘braille keyboard’ dengan menyentuh skrin telefon, malah dia melakukannya begitu pantas.

@hanngadgetoffcial

Macam mana OKU Penglihatan menaip di Media Social ? Dan bagaimana mereka membaca walaupun anda ringkaskan ayat ? Jom saksikan ! @Google @Google Pixel

♬ original sound – Hann Gadget – Hann Gadget

“Ada yang tertanya macam mana kami ‘blind’ (buta) menaip. Sesetengah orang boleh pakai ‘braille keyboard’ dan macam saya pun boleh (guna).

“Jadi apa itu ‘braille keyboard’, timbul atas skrin? Boleh raba? Kalau itu lain, itu ‘braille display’, tapi saya tak cover dalam ni (tak jelaskan dalam video) sebab saya tak ada. Harga ‘braille display’ minimum RM2,000 atau RM3,000.

“Untuk ‘braille keyboard’ ini kita susun jari atas skrin dan menaip seperti mana orang guna mesin braille,” katanya pada video tersebut.

Dalam video itu, Boon Keat yang telah memeluk agama Islam sejak enam tahun lalu menunjukkan cara dia menaip selain melayari media sosial Facebook termasuk membaca komen dan membalasnya.

“Kalau orang dah biasa guna ‘braille keyboard’, dia boleh taip sambil jalan. Cuma bahaya kalau katalah orang tarik telefon,” ujarnya.

Sementara itu, pengguna media sosial memuji pemuda tersebut, malah tidak terkecuali kagum dengan penerangan Boon Keat yang disifatkan seperti pengacara.

Sumber

Baca : Filem Tiga Abdul ada maksud dan rahsia yang tersirat, ramai terkejut bila sudah terbongkar isinya

Leave a Comment