Walaupun kabel berselirat di Thailand liputan 5G ada dimana mana kalahkan Malaysia

Walaupun kabel berselirat di Thailand, liputan 5G ada dimana-mana kalahkan Malaysia

Betapa maju liputan rangkaian di Thailand. Liputan 5G di mana-mana, sedangkan di Malaysia bahkan di Kuala Lumpur masih merangkak-rangkak untuk berderas seperti apa dibuktikan di Hatyai misalnya.

Berkunjung ke Pantai Samila, Songkhla, masih terpampang di skrin telefon rangkaian 5G. Pergi ke kawasan air terjun terpencil terletak di Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary juga ada dan laju.

Sejajar dengan liputan rangkaian 5G di Malaysia yang dikatakan meliputi lebih 47.1 peratus melibatkan kawasan berpenduduk setakat 31 Disember lalu seperti kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, ada perihal yang perlu dipantau secara holistik dan lebih ke hadapan.

Menurutnya, jumlah peratusan tersebut adalah termasuk tapak-tapak pemancar 5G yang diaktifkan Digital Nasional Berhad (DNB) tetapi belum boleh diakses pengguna.

Jelas beliau, setakat 31 Disember 2022, sebanyak 3,906 tapak 5G telah siap dibangunkan DNB di seluruh negara.

“Jika dilihat pada tapak 5G yang boleh diakses pengguna, ketersediaan perkhidmatan 5G berada pada 38.2 peratus populasi di dalam kawasan berpenduduk,” katanya.

Ironi di sini, Thailand disifatkan ‘hodoh’ dengan pemandangan kabel serta wayar yang berselirat di mana-mana termasuk bandar besar seperti Bangkok, namun liputan rangkaian 5G nampaknya sudah tersedia di mana-mana bahkan kawasan-kawasan ‘kampung’.

Sekitar bulan lalu, Fahmi memaklumkan mengenai hala tuju DNB, kementerian dikepalainya masih dalam proses meneliti dasar semasa pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Bukan menidakkan ‘persembahan’ atau prestasi mereka terlibat, namun timbul buah fikiran Malaysia terkenal dengan infrastruktur yang tinggi melangit namun 5G masih terkial-kial untuk ‘dipancarkan’ kepada rakyat.

Sedangkan Thailand yang ‘terkenal’ dengan kabel berselirat sudah ada liputan 5G di mana-mana. Itu pencapaian yang perlu diperhalusi pihak bertanggungjawab selari dengan apa yang ‘divisualkan’ di mata dunia.

Kita ada KLCC dan bahkan Merdeka 118, 5G masih satu ‘struggle’ atau kesulitan. Tepuk dada, tanyalah selera.

Baca : Fungsi sebenar ubat gegat yang ramai tak tahu, bukan untuk halau lipas sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *