Walaupun mempunyai bisnes dalam dan luar negara, Dato’ Sri ini dipuji ramai, siap bagi kata semangat

Walaupun mempunyai bisnes dalam dan luar negara, Dato’ Sri ini dipuji ramai, siap bagi kata semangat

Dalam satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @koocester, beliau ada berjumpa dengan seorang wanita berpangkat Dato’ Sri yang sangat rendah diri dan menginspirasikan orang ramai. Walaupun baru kali pertama berjumpa, Dato’ Sri itu sangat mesra bersembang dengan Koocester seperti sudah kenal lama.

@koocester

She is literally the definition of BOSS WOMAN! She’s a LEGEND!

♬ original sound – Koocester – Koocester

“Saya seorang usahawan dalam empat industri berbeza iaitu makanan, yacht, peruncitan, pembinaan dan pembangunan.

“Jika anda mahu mulakan bisnes, anda perlu ada pengalaman dan anda perlu berkerja untuk mendapatkan pengalaman itu. Kemudian anda perlu kumpulkan network (kenalan) dalam industri anda, barulah anda boleh buat bisnes,” jawab ringkas Dato’ Sri itu. Beliau juga mempunyai perniagaan makanan dan peruncitan di Orchard Road, Singapura.

Apabila ditanya apakah pesanan yang ingin disampaikan kepada rakyat negara ini, Dato’ Sri itu dengan penuh yakin menyatakan Malaysia merupakan negara yang terbaik.

Menurutnya, Malaysia mempunyai pelbagai peluang yang sangat luas; kos buruh masih lagi mampu milik dan banyak sumber bahan mentah. Jadi negara ini masih tempat terbaik untuk tinggal.

“Saya sudah pergi mengembara di seluruh dunia, tetapi saya memilih untuk settle down (tinggal) di sini. Ramai rakan-rakan saya dari Singapura akan datang ke Malaysia untuk mencari peluang di sini,” katanya lagi.

Sifat rendah diri yang ditunjukkan oleh beliau telah mendapat pujian netizen. Ramai tidak menyangka ada ramai orang berjaya yang sangat kaya dan rendah diri.

Dalam satu video balas yang dikongsikan oleh Dato’ Sri, beliau mengucapkan terima kasih berkongsi video pertemuan mereka berdua. Walaupun Koocester menegurnya secara ‘mengejut’, namun beliau merasakan TikToker dari Singapura itu seorang yang awesome dan boleh pergi jauh.

@ds.rosz

Life is a stacknof moments, ain’t it? . Tq Koocester and @Koocester fans. . #speechless #fyp

♬ original sound – Dato’ Sri Rozita – Dato’ Sri Rozita

Dato’ Sri itu juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada followers baharu yang baru mengenalinya. Beliau akan mengambil masa untuk menjawab satu persatu komen yang ditinggalkan ramai. Pada masa sama, beliau juga sudi berkongsi nasihat dan pengalamannya yang sudah 20 tahun dalam bidang bisnes supaya orang ramai tidak melakukan kesilapan sama dan mengurangkan risiko kerugian.

Sumber

Baca : Sebelum adanya pelbagai jenis jenama, inilah pomade yang paling ‘legend’ masa zaman dulu

Leave a Comment