TerasMalaysia

Wang kertas RM1 lama dijual dengan harga RM1000, ini cara yang boleh diguna agar duit lama terjual

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wang kertas RM1 lama dijual dengan harga RM1000, ini cara yang boleh diguna agar duit lama terjual

Duit lama boleh dijual dengan harga yang lumayan kerana ada ramai broker yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman seorang pengumpul wang lama yang sanggup membayar harga tinggi untuk sehelai wang kertas RM1. Video yang dimuat naik itu kini telah mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Malah ramai yang berasa hairan mengapa dia sanggup membeli sehelai wang kertas RM1 itu pada harga RM1,000. Menerusi video yang dikongsikan itu, pemilik video yang merupakan seorang pengumpul wang lama berjumpa dengan seorang pemuda yang memiliki wang kertas RM1 itu.

Selepas memeriksa keadaan wang kertas itu, dia menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada pemuda tersebut sebagai bayaran. Menurut pengumpul wang lama dikenali sebagai Ah Kai ini, wang lama adalah sebahagian dari bisnes dan hobinya sejak dahulu lagi.

Tambahnya, wang RM1 yang masih digunakan sekarang ini tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz itu masih lagi banyak digunakan jika dibandingkan dengan wang kertas yang dibelinya ini.

Ah Kai memberitahu nombor lapan bukan sahaja dianggap bertuah malah menjadi nombor pilihannya. Jelasnya, susah untuk mendapat wang kertas yang mempunyai semua nombor siri sama yang dipanggil nombor ‘solid’ dan ini menjadi rebutan para pengumpul wang lama.

Difahamkan, dia menawarkan harga sebanyak RM1,000 kepada pemilik wang itu di mana pemuda itu akhirnya bersetuju dengan tawaran tersebut. Malah pemilik wang itu juga berkata jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding harga yang ditawarkan di kedai lain iaitu RM300 sehingga RM700.

Sumber

Baca : Kakak tiba-tiba rebah masa majlis kahwin tengah langsung, adik jadi penyelamat masa tengah huru-hara

Leave a Comment