Wanita alami masalah lepas pakai wax di ketiak, tumbuh benjolan yang besar sehingga perlu dibedah.
Seorang wanita Indonesia, Cherry Tifani, perlu menjalani pembedahan kerana timbul benjolan besar di ketiaknya selepas memakai wax.
Jumpa empat doktor
Menerusi hantaran di TikTok, Cherry pada awalnya menganggap itu hanya jerawat biasa, namun benjolan itu tumbuh semula di ketiaknya.
Menganggap itu bukan hanya jerawat biasa, Cherry membuat keputusan untuk terus berjumpa dengan doktor. Tambahnya, dia bukan setakat berjumpa dengan seorang doktor, malah empat orang pakar perubatan.

Pada mulanya dia didiagnos mengalami hidradenitis suppurativa (HS), namun, doktor pakar bedah mengatakan keadaan itu merupakan abses axilla dextra yang menyebabkannya perlu dibedah untuk membuang nanah yang ada di ketiaknya agar tidak tumbuh benjolan lagi.
Susulan itu, Cherry berpesan kepada semua wanita supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan wax.