TerasMalaysia

Wanita alami penyakit misteri lepas hilang seluar dalam, kerap mimpi diri dipuja dan kulit terasa sakit bila disentuh

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita alami penyakit misteri lepas hilang seluar dalam, kerap mimpi diri dipuja dan kulit terasa sakit bila disentuh.

ISU harta pusaka dalam keluarga sering berlaku dan menimbulkan konflik apabila masing-masing enggan menguruskannya menerusi kaedah faraid.

Lebih malang apabila ada yang tergamak menyihir ahli keluarga sendiri demi kepentingan peribadi.

Seorang wanita terpaksa melalui episod hitam dalam hidup selepas didakwa menjadi mangsa sihir.

Kisah wanita itu diceritakan semula oleh seorang pengamal perubatan Islam.

Menurutnya, ‘sihir’ yang dihantar menggunakan pakaian dalam milik wanita malang itu.

Wanita alami penyakit misteri lepas hilang seluar dalam, kerap mimpi diri dipuja dan kulit terasa sakit bila disentuh

“Dua kali seluar dalam yang dijemur di belakang rumahnya hilang. Rumah tersebut adalah rumah kampung.

“Walaupun belakang rumah lapang, tapi tak ada orang yang lalu lalang. Ingatkan selamat, rupanya tidak,” menurut Ustaz Mohamad Hasnan Rili.

Lebih dikenali sebagai Ustaz Hasnan, wanita berkenaan sering mengalami mimpi yang pelik sejak kehilangan seluar dalamnya.

Antara yang sering dialami wanita itu menerusi mimpinya adalah dirinya dipuja menggunakan beberapa keping gambar.

“Dia kerap mimpi seluar dalam dan gambar dipuja. Kemudian dia akan terperanjat daripada tidur, jantung berdebar laju.

“Dia memang perasan yang seluar dalam dah hilang dua kali. Selepas kejadian itu, dia mula menghidap penyakit misteri.

“Kulit tak boleh disentuh sebab terasa bisa seolah-olah dihiris. Kalau bergesel dengan baju pun dia rasa terseksa sangat,” ceritanya lagi.

Bukan sekadar itu, wanita tersebut turut menyatakan dia telah menjumpai tompokan tanah kubur di hadapan garaj keretanya sebanyak dua kali.

Jika difikirkan secara logik, tentunya pelik apabila terdapat tanah kubur secara tiba-tiba di halaman rumah.

“Elok sahaja setompok (tanah kubur) di situ. Apa yang dialami akak ini adalah sebab rebutkan tanah pusaka,” katanya.

Menurutnya lagi, wanita berkenaan terkena sihir menerusi pakaian dalamnya yang telah hilang.

Perkongsian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan warga maya untuk menjemur pakaian di luar rumah, termasuk bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

@hasnanrili SIHIR GUNA SPENDER #rawatanislamnegerisembilan #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #hasnanrili #santau ♬ suara asli – Inocent.24 – Inocent Purwanto
BACA:
Petua sekadar petua, lelaki dikejarkan ke hospital lepas menikmati hidangan nasi kandar, tercekik ‘sesuatu’ ketika jamu selera
Bintang porno bercinta dengan kru senyap-senyap, nikah di balai polis bersaksikan ibu bapa kedua pihak
Waris boleh tuntut skim khairat kematian di BSN bernilai RM1,000, ini langkah dan syarat yang perlu dibuat

Leave a Comment