TerasMalaysia

Wanita bengang anak kena tenung masa buat bising dekat kedai makan, lain pula jadi lepas luah perasaan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita bengang anak kena tenung masa buat bising dekat kedai makan, lain pula jadi lepas luah perasaan

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati kerana dipandang serong oleh pelanggan lain di sebuah restoran kerana anaknya telah berbuat bising.

Ujar wanita itu, dia kecewa apabila pengunjung lain di kedai berkenaan seolah-olah tidak memahami sikap anak kecil yang kebiasaannya suka membuat bising atau menangis secara tiba-tiba.

“Saya tengah menunggu di dalam kereta sementara menunggu yang lain habis makan. Saya nak ulas sikit mengenai perkara ini.

“Kalau anda pergi makan di kedai, ada anak kecil menangis, tolonglah tak perlu pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak makan dekat rumah saja?

“Macam saya ni ada anak kecil. Biasalah budak kalau dah siap makan dan tak ada benda lain nak main, mereka akan bising. Anak saya menangis, sekali dia (pelanggan lain) pandang belakang,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Twitter.

Bukan itu sahaja, sebaliknya orang ramai mengharapkan wanita itu supaya makan di rumah kerana dianggap tidak mampu menguruskan ragam anak-anak ketika berada di tempat awam.

Malah wanita turut mencadangkan agar mereka yang tidak boleh bertoleransi dengan situasi bising serta ragam kanak-kanak supaya membungkus makanan dan menikmatinya di rumah.

Perkongsiannya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita ini mempertimbangkan semula luahan dan cadangannya.

Sumber

Baca : Agong kena ‘tipu’ dengan rakyat hidup-hidup, ramai berdekah sebab kejadian tu

Leave a Comment