Wanita berkeras tak mahu tunjuk kandungan sup yang dimasak, ramai terkejut lepas buka periuk tersebut

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita berkeras tak mahu tunjuk kandungan sup yang dimasak, ramai terkejut lepas buka periuk tersebut

Bagi sesetengah orang, pemakaian ‘pelaris’ digunakan di kedai-kedai bagi menarik lebih ramai pelanggan. Walaupun tahu hukum pemakaian ‘pelaris’ ini adalah haram di sisi agama Islam disebabkan menyekutukan Allah, namun, masih terdapat lagi individu yang mempratikkan amalan ‘kuno’ ini di zaman yang serba moden untuk mendapatkan kemewahan.

Tular di media sosial mengenai sebuah klip video yang dirakam oleh seorang Youtuber Paranormal dari Indonesia, Roy Kiyoshi yang telah berkunjung ke sebuah gerai makan yang menjual bakso.

Berdasarkan video tersebut, Roy telah meminta pengusaha warung berkenaan yang dikenali sebagai Siti untuk membuka penutup periuk bakso kerana Roy curiga dengan isi kandungannya. Sangkaannya itu ternyata benar apabila dibuka, terdapat sehelai spender di dalamnya.

Pada mulanya Siti tidak mahu membuka periuk tersebut namun selepas disoal beberapa oleh Roy, Siti mengalah. Apabila Siti membuka periuk itu, Roy terkejut dan tergamam. Seterusnya, Siti mengaku yang dia telah mengamalkan amalan keji tersebut bagi tujuan melariskan perniagaan baksonya sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan, Roy datang ke warung bakso itu setelah dijemput dari pemilik warung itu sendiri yang mengeluh beberapa ahli keluarganya meninggal dunia dengan tragis setiap 12 hari bulan.

Selain itu, wanita berkenaan juga meminta Roy untuk membantu perniagaannya menjadi lebih laris.

Alahai, banyak lagi cara boleh buat untuk lariskan perniagaan, tak perlulah buat benda-benda macam ni. Berhentilah, dan berniagalah dengan jujur dan ikhlas, pastikan kualiti produk sentiasa maintain dan berkualiti, pelanggan mesti akan datang sendiri.

Sumber

Baca : Jurufoto wanita diganggu lelaki misteri selama 8 tahun, sanggup ikut ke luar negara dan hantar ‘DM’ lucah

Leave a Comment