Wanita Berkereta Mercedes A-Class Ditahan Jelaskan Bayaran Tol Tertunggak Sebanyak RM275.65

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita Berkereta Mercedes A-Class Ditahan Jelaskan Bayaran Tol Tertunggak Sebanyak RM275.65

Ibarat sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itu lah yang patut di gambarkan kepada seorang pemandu kereta mewah kelas A, Mercedes-Benz yang dikesan culas membayar tol.

Kelicikan pemandu sebuah kereta Mercedes-Benz A-Class yang sudah 45 kali mengelak membayar tol ketika melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akhirnya ditahan.

PROLINTAS dalam perkongsian di media sosial, memaklumkan pemandu wanita terbabit dikesan culas membayar tol sehingga kini tertunggak sebanyak RM275.65.

Menurut PROLINTAS, wanita itu bagaimanapun menyelesaikan semua tunggakan berkenaan serta-merta.

Justeru, semua pemandu diingatkan supaya tidak meniru aksi tidak bermoral itu kerana ia bukan sahaja dianggap menceroboh, malah membahayakan kenderaan lain.

Sementara itu, beberapa pengguna Twitter mencadangkan supaya PROLINTAS mengenakan bayaran berganda kepada pemandu yang culas membayar tol.

Sumber

Demi Wang, Wanita Ini Sanggup Berpura-Pura Menghidap Kanser Payudara

Leave a Comment