Wanita buang kaki bayi dalam jamban lepas beranak sendiri dekat tandas hospital

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita buang kaki bayi dalam jamban lepas beranak sendiri dalam dekat hospital. Kaki seorang bayi malang itu disyaki terpisah dari badannya akibat menjalani proses bersalin yang tidak mengikut prosedur perubatan.

Seorang wanita berusia 36 tahun dari Kupang, Indonesia didakwa membuang kaki bayinya yang baru lahir ke dalam tandas di Hospital Tentera Wira Sakti Kupang.

Menurut Ketua Polis Bandaraya Kupang, Pesuruhjaya Kanan Polis Rishian Krisna berkata pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes tersebut.

Walaupun sudah kita menamakan dia (wanita berkenaan) sebagai suspek, namun dia masih belum ditahan.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa wanita itu masih lagi menjalani rawatan sebagai pesakit luar dan keadaan kesihatannya masih belum pulih selepas bersalin yang menyebabkan polis menangguh dahulu tangkapan terhadapnya.

Wanita buang kaki bayi dalam jamban lepas beranak sendiri dalam tandas hospital

Dalam pada itu, mayat bayi tersebut telah dibedah siasat dan laporan menunjukkan bahawa bayi berusia tujuh bulan itu meninggal dunia adalah berpunca daripada ubat yang diambil oleh ibunya sebelum ke hospital.

Menurut Krisna, bayi yang mencecah usia tujuh bulan tidak termasuk dalam kategori pengguguran kerana keadaan organ bayi yang sudah lengkap dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.

Susulan itu, pihak polis kini sedang meneliti kesemua saksi termasuk ibu bapa wanita tersebut.

BACA:

Disebabkan seekor tikus, habis kecoh dorm pelajar lelaki

Cikgu dengan makcik kantin sama lawa, terpaksa buat ‘ice breaking’ takut murid keliru

Walaupun mempunyai bisnes dalam dan luar negara, Dato’ Sri ini dipuji ramai, siap bagi kata semangat

Leave a Comment