Wanita buka cerita sukakan suami orang sampai tak boleh move on dengan apa yang terjadi

Wanita buka cerita sukakan suami orang, sampai tak boleh ‘move on’ dengan apa yang terjadi

Baru-baru ini, kecoh di media sosial seorang wanita berada dalam dilema kerana menyukai lelaki yang sudah berkahwin, malah dirinya sendiri bergelar isteri orang.

Bukan sekadar suka, malah timbul perasaan rindu yang mendalam terhadap lelaki itu.

Menerusi satu perkongsian, wanita berkenaan memberitahu lelaki yang dimaksudkan itu merupakan seorang kakitangan di tempat kerjanya.

“Aku ada crush seorang lelaki kat ofis aku kerja sekarang. Dia ni soft spoken, bijak dan handsome. Masalahnya dia ni suami orang tau.

“Aku tak tahulah kenapa, tapi aku tak boleh move on la. Makin nak lupa, makin datang perasaan rindu tu,” katanya.

Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kini bekerja di bahagian sama di pejabat, malah lelaki tersebut sering menegurnya seperti mengambil berat tentang dirinya.

“Dia suka tegur dah makan? Sihat? Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau. Dia macam caring gitu. Malah suami aku pun tak tanya macam tu kat rumah tau.

“Ada masanya aku sengaja tunggu dia masuk pantri sebab makan sekali,” katanya.

Menurutnya lagi, lelaki itu juga baru menimang seorang cahaya mata sambil menambah dia sering berkongsi cerita mengenai anaknya.

“Nanti dia cerita pasal baby kecil dia. Selepas tu tunjuk la gambar anak dia tu kat telefon. Untungnya alahai isteri dia tu dapat suami macam tu,” katanya.

Luahan wanita bergelar isteri orang menerusi satu ciapan di laman Twitter @ConfessTweetMy mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen.

Malah, ada yang mempersoalkan dirinya yang berstatus isteri orang sehingga sanggup mendedahkan diri dengan godaan bersama lelaki sudah berkahwin.

“Umur kau berapa? Kahwin sebab apa? Kau kenapa ek orang suruh tidur kat surau pun kau feeling dia caring? Dah tahu kau bini orang, dia laki orang yang friendly, kau tak ada akal nak jauhkan diri? Siap tunggu dia bagai, create ruang maksiat?

“Kalau dah cerita pasal anak, tunjuk gambar anak, kau faham-faham jela dia nak bagitau dia ada famili, dia sayang famili dia. Tak payah la menggelupur nak rapat-rapat.

“Perasan la kau perempuan. Jaga je la laki kau, nikmat apa lagi yang kau nak dustakan. Tuhan dah bagi jodoh, begini pula gatal kau. Jangan sampai isteri dia ‘ganyang’ (pukul) je kau tu, over

perasan.

“Apa masalah perempuan sekarang? Lelaki tu just being nice sebagai rakan sekerja je. Kau lebih-lebih layan perasaan kenapa? Saya kecewa dengan perempuan sekarang! Dah kau goda bagai nak rak lepas tu claim ‘kalau jodoh tak ke mana’,” demikian antara komen netizen.

Sumber

Baca : ’Fitting room’ dah tak selamat, ada orang jual video orang tukar pakaian di media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *