Wanita cari perempuan yang sanggup jadi isteri kedua suaminya, siap bagi syarat dan elaun RM3,000 setiap bulan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita cari perempuan yang sanggup jadi isteri kedua suaminya, siap bagi syarat dan elaun RM3,000 setiap bulan.

Seorang wanita memasang tawaran di media sosial dengan memberi peluang kepada mana-mana wanita untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Melalui hantaran yang dikongsi oleh seorang pengaruh media sosial @meinmokhtar di laman X, beliau mempersembahkan perkongsian yang diterima daripada salah seorang pengikutnya.

Dalam tangkapan skrin yang dikongsi, seorang wanita menceritakan masalahnya mempunyai suami yang memiliki keperluan batin yang tinggi, dan kerana wanita tersebut tidak mampu memenuhi keperluan tersebut, dia mengumumkan peluang kepada wanita lain untuk menjadi isteri kedua dengan elaun bulanan sebanyak RM3,000.

Wanita cari perempuan yang sanggup jadi isteri kedua suaminya, siap bagi syarat dan elaun RM3,000 setiap bulan

“Mein aku 28f, suamiku juga 28, bekerja sebagai jurutera dengan gaji sebanyak 18k. Kami mempunyai seorang anak. Aku ingin mencari isteri kedua untuk suamiku kerana aku tidak mampu untuk memenuhi keperluannya,” katanya di laman media sosial NGL yang dikongsikan oleh @meinmokhtar.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu menyatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah jika suaminya meluangkan masa lebih banyak dengan isteri kedua. Namun, dia memberikan amaran agar wanita yang berminat menjadi isteri kedua tidak menjadi punca konflik.

“Jika ada yang benar-benar serius untuk menjadi isteri kedua, beritahu saya. Saya akan memastikan suami saya memberi elaun sebanyak 3,000 ringgit sebulan untuk menyokong kehidupan anda. Gaji saya sendiri 6,000 ringgit, jadi saya tidak terlalu kisah,” katanya.

Sejak tawaran ini diumumkan, terdapat beberapa individu yang telah menunjukkan minat dan bertanya mengenai butiran lanjut berkaitan tawaran tersebut.

BACA:
Lelaki ‘bertapak’ di pusat beli-belah lebih enam bulan, alasan yang diberikan sangat tak masuk akal
Lebih baik elak dari berdepan dengan ombak berbentuk petak, sangat bahaya!
Berang ‘dipalau’ ketika minta nasi tambah, pelanggan nekad campak pinggan berisi dekat pelayan

Leave a Comment