Wanita cerita detik seram, nama dipanggil ‘seseorang’ ketika duduk bersantai tepi laut bersama keluarga.
Gangguan mistik boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira siang ataupun malam. Beberapa hari lalu, seorang wanita dengan akaun TikTok @Myrarakatana juga sempat berkongsikan sebuah kejadian aneh yang dilalui ketika dia sedang duduk bersantai tepi laut bersama keluarganya.
Mula-mula termenung perhatikan batu, tiba-tiba ada orang jerit nama aku
Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan kebetulan suaminya telah merakamkan gelagat Myra dan anaknya. Secara tiba-tiba, Myra terus menoleh dengan cepat ke arah tengah laut kerana terdengar seseorang telah memanggil namanya dari kejauhan. Jelasnya, suara itu benar-benar didengari namun tiada sesiapa kelihatan pun ketika dia menoleh ke arah laut.

Ini kali kedua aku kena…Dulu dengar orang panggil nama, tapi bila buka pintu rumah takde sesiapa
Tambah Myra lagi, kejadian sebegitu pernah dialaminya ketika dia bersekolah di Tingkatan 3 sekitar tahun 2008 dahulu. Hingga kini, sosok yang memanggil namanya masih kekal menjadi isteri. Rakaman ini sekaligus meraih lebih setengah juta tontonan dan meraih perhatian netizen.
Selalu kena kat rumah, siap jawab “HA”…Sekali mak tegur jangan dijawab…Terus bau kemenyan lalu
@myrarakatana Mula2 tu termenung ja perati batu lepas tu tetiba dgr ada org jerit pgl nama aku kat tgh2 laut tu, hah tunggu lg terkejut la cita dia. Muka pun berubah la.. hahaha. Ni kali kedua aku kena dulu masa aku form 3 time tghari mcm tu aku dgr org jerit nama aku myraaa myraaa aku kelam kabut la jawab ha sat2, buka2 pintu rumah xdak sapa pun. 😫 uishhh serammm rasa masa tu. Balik rumah tgk blk video yg suami record tunjuk kat dia , dia tanya u nmpak apa ? i x nmpak tp i dgr org pgl nama i kat tgh2 laut.
♬ Dawai – Fadhilah Intan