Wanita dedah bekas kekasih kantoi curang dengan ibu kandung, setiap hari selama bertahun-tahun melakukan maksiat
Berzina saja sudah berdosa, apalagi berzina dengan ibu kandung sendiri, tentu dosanya berlipat-lipat. Sebab ibu kandung adalah wanita mahram yang haram untuk dinikahi. Kalau pun tidak dengan jalan zina tetapi dengan pernikahan pun juga tetap berdosa.
Baru-baru ini, sebuah kisah dikongsikan oleh seorang wanita yang tidak mahu dikenali tentang bekas kekasihnya membuatkan ramai terkelu.
Menerusi Twitter, individu tersebut mendedahkan bahawa bekas teman lelakinya itu pernah kantoi curang dan wanita itu merupakan ibunya sendiri.
Katanya, tidak hairanlah ketika mereka masih menjalinkan hubungan si ibu itu seperti terlalu melindungi dan kuat cemburu dengannya.
Bekas teman lelaki saya dah berumur 30 tahun, tapi seumur hidup dia memang berzina dengan mak sendiri.
Tak hairanlah bila mak dia sangat melindungi dia dan cemburu bila dia ada teman wanita.
Dalam pada itu, dia juga berharap agar mereka tidak lagi melakukan perkara terkutuk itu terutama apabila lelaki itu sudah pun mempunyai teman wanita.
Tak pasti adik-beradik lain tahu atau tidak, tapi berharap mereka berhentilah. Geli sangat masa kantoi dulu.
Sekarang saya tengok teman wanitanya sering mengulang ciap pasal benda macam ini. Saya rasa dia mungkin sudah tahu.
Rata-rata warganet yang membaca perkongsian itu terkejut dan berasa jijik dengan apa yang dilakukan oleh dua beranak berkenaan.
Sementara itu, ada juga yang turut berkongsi kisah yang sama selain mencadangkan wanita tersebut melaporkan perkara berkenaan kepada pejabat agama.