Wanita disahkan meninggal hidup semula lepas persiapan pengebumian dibuat, keluarga terkejut dapat tahu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita disahkan meninggal hidup semula lepas persiapan pengebumian dibuat, keluarga terkejut dapat tahu. Seorang wanita yang sepatutnya mati mengejutkan ahli keluarganya apabila terjaga semasa mereka melakukan persiapan pengebumiannya di sebuah wat di Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Chatapon, 49, dilaporkan menghidap penyakit serius dan doktor memaklumkan bahawa peluangnya hidup sangat tipis.

Ibunya, Mali membuat keputusan agar anak perempuannya yang berada di Bangkok, dihantar pulang ke rumah mereka di Ban Dung demi menuruti permintaan terakhirnya.

Bagaimanapun, Chatapon didakwa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Mali segera meminta saudara-mara membuat persiapan untuk upacara pengebumian anaknya.

Apabila kenderaan membawa Chatapon memasuki Wat Sri Phadung, wanita itu mengejutkan orang yang berada di dalam van apabila dia didapati hidup semula.

Wanita disahkan meninggal hidup semula lepas persiapan pengebumian dibuat, keluarga terkejut dapat tahu

Apabila menyedari Chatapon sedarkan diri, Mali bergegas membawa anaknya ke Hospital Somdet Phra Yuparaj di Ban Dung. Dia dengan gembira memaklumkan bahawa anaknya masih hidup.

Kejadian itu mengejutkan saudara-mara terutamanya apabila mereka sudah menyediakan keranda kerana menganggap Chatapon sudah meninggal dunia.

Wanita itu kini di bawah pengawasan perubtaan di Hospital Ban Dung namun masih bertarung nyawa.

BACA:
3 malam berturut diganggu lepas ‘check-in’ rumah, patung bertukar arah dan kejadian pelik menimpa saat live
Penternak terkejut tengok warna telur ayam ini, tengah berwarna hijau dan putih dikelilingnya
Lelaki dedah kelakuan bekas isteri, paksa anak berusia 5 tahun minum cecair pembersih bilik air

Leave a Comment