Wanita hairan roti canai yang dikunyah tak hancur, rupanya mamak tebar sekali dengan tali mop

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita hairan roti canai yang dikunyah tak hancur, rupanya mamak tebar sekali dengan tali mop

Roti canai telah disenaraikan di tempat kedua dari 100 ‘street food’ paling sedap di dunia menerusi kajian yang dijalankan Taste Atlas. Hal ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana roti canai sememangnya mempunyai banyak penggemar setia.

Tular mengenai seorang wanita yang memesan roti canai namun bertukar menjadi pengalaman yang tragis hingga boleh membuatkan sesiapa pun jadi trauma!

Dalam perkongsikannya wanita ini kelihatan hairan apabila roti canai yang dimakannya tidak atau hancur meskipun sudah dikunyah berkali-kali.

“Ingatkan daging, rupanya mop!”

Perkongsian @yonabi di Tiktok menunjukkan wanita itu menangis selepas menyedari roti canai yang dimakan tidak lumat apabila dikunyah berkali-kali.

Alangkah terkejutnya dia ketika menarik ‘sesuatu’ yang disangka daging, rupanya tali mop.

Di ruangan komen, rata-rata netizern turut simpati dan jijik dengan roti canai yang dimakan wanita berkenaan. Malah, beberapa diantara mereka turut berkongikan pengalaman mereka berdepan dengan keadaan yang lebih kurang sama.

“Dalam roti canai saya pernah ada bulu, tak nak tahu bulu apa…”

“Pernah kena, kunyah2 keras rupanya kuku ibu jari kaki, kuku tu letak dalam bingkai gambar dekat pejabat.

“Saya hampir nak makan mee goreng ada ulat sampah yang masih hidup”

“Pernah minum air teh o ais ada baby lipas, tapi dah separuh minum baru perasan, terus bagitahu mamak, boleh pula dia cakap lipas jatuh dari atas, saya je yang tak perasan.

Apa-apapun, dinasihatkan agar sentiasa tengok kebersihan di premis makanan sebelum mahu memesan atau makan di situ bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

Sumber

Baca : Kakak Asif tak tahan dengan perangai bapa, guna duit gaji beli dadah dan berjudi, nekad dedah dalam facebook

Leave a Comment