TerasMalaysia

Wanita hamil 22 minggu maut ditikam bertubi-tubi oleh teman lelaki

Wanita hamil 22 minggu maut ditikam bertubi-tubi oleh teman lelaki

Seorang lelaki bertindak kejam dengan menikam teman wanitanya yang hamil sehingga mati dengan menggunakan sebilah gunting.

Ailish Walsh, 28, hamil 22 minggu ketika dia ditikam sebanyak 40 kali oleh Liam Taylor. Dia disahkan meninggal dunia selepas ditemui polis di pangsapurinya di London Timur pada 15 Disember 2022.

Ailish Walsh hamil 22 minggu ketika teman lelakinya Liam Taylor membunuhnya

“Ailish adalah seorang wanita muda yang cantik dan menakjubkan, berusia 28 tahun, memiliki empat anak kecil dan bayi dalam kandungan,” kata rakan Walsh, Teresa Cannon.

Pada perbicaraan awal, pendakwa raya, Jane Osborne berkata: “Serangan itu amat kejam dan dilakukan ketika Ailish diketahui mengandungkan anak defendan (Liam).”

Selepas menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, suspek meninggalkan mayat mangsa dalam keadaan bermuluran darah di pangsapuri sambil menutup mayat tersebut menggunakan jaket. Bapa mangsa yang menemui mayat anak perempuannya itu kemudian menghubungi pihak polis.

Ailish dibunuh secara kejam di rumahnya sendiri di Rectory Road Hackney

Semasa pemeriksaan dilakukan, pihak polis menemui kad bank suspek di dalam poket mangsa. Sebilah gunting berlumuran darah dan dua dumberl turut ditemui di lokasi pembunuhan. Rakaman kmera televisyen litar tertutup (CCTV) merakam suspek, 37, memasuki blok rumah mangsa sekitar 8:36pm dan meninggalkan kawasan tersebut pada jam 9:14pm.

Ketika penahanan dilakukan keesokan harinya, suspek didapati positif dadah.

Baca : ”Walaupun aku perlu berjalan jauh ke sekolah. Bapa tiriku masih seperti biasa. Baran, bengis dan suka cari salah aku”

Leave a Comment