TerasMalaysia

Wanita hampir hilang nyawa lepas makan ‘donut peach’, alami sesak nafas selama 15 minit

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita hampir hilang nyawa lepas makan ‘donut peach’, alami sesak nafas selama 15 minit. Sejak kebelakangan ini, buah donut pic yang dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach berbentuk oblate kini sohor kini di media sosial terutama TikTok.

Seperti dijangka, kuasa tular membuatkan ramai tidak melepaskan peluang untuk mencari, membeli dan merasai sendiri keistimewaan yang terdapat pada buah donut pic yang kaya dengan khasiat Vitamin C, Vitamin A, Potasium dan Fiber.

Nyawa hampir hilang selepas makan donut peach

Wanita hampir hilang nyawa lepas makan 'donut peach', alami sesak nafas selama 15 minit


Bagaimanapun, tidak semua bernasib baik seperti dialami oleh seorang wanita dikenali @sherynaaa02 selepas 15 minit menikmati sebiji donut peach dan terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

Wanita berkenaan berkongsi pengalamannya mencuba buah donut peach tular, namun dirinya tidak berdaya selepas perutnya berasa kurang selesa atau sebu dan muntah selain timbulnya biji-biji gatal di bahagian lengan.

“Makan dalam 15 minit, sebu muntah-muntah, naik biji-biji gatal-gatal. Terus kena pergi wad kecemasan, perlu cucuk, baru jadi manusia balik (pulih).

“Kalau tak cucuk, macam beruk dok garu-garu. Ini pengalaman aku makan buah viral, berbaki lagi 3 biji suruh laku aku sajalah makan,”kongsinya.

Rasa sesak nafas macam separuh nyawa

@sherynaaa02 berkata, dirinya mula terjebak makan buah donut peach selepas memakan buah pemberian rakannya. Namun, tidak menyangka merasai pengalaman perit iaitu mengalami sesak nafas seperti sudah kehilangan separuh nyawa.

Katanya lagi, doktor juga menasihati untuk berhenti menggaru, tetapi tidak boleh, lebih-lebih lagi pada bahagian muka selain menunjukkan contoh gambar keadaan biji-biji gatal berkenaan.

“Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sumpah tak boleh berhenti. Muka rasa pedih-pedih, perut sebu angin tak keluar. Muntah-muntah lagi.

“Makan buah tu tak lama pun, dalam 15 minit macam tu saja terus ada kesan. Ini pengalaman saya makan buah donut peach viral tu, lain orang lain rasanya.

“Bukan saya gila-gila nak terjebak sebab viral, kawan saya bagi, saya hargai. Saya pun tak salahkan dia. Harap jelas ya,”terangnya lagi.

Pesanan buat orang ramai di luar sana, pastikan diri sendiri peka dan buat sedikit kajian agar dapat mengenalpasti alahan sebelum mencuba sebarang makanan tular di media sosial.

@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku 😭 sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 😥 terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik 😢 kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 😓 ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan 😑 sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases ♬ suara asli – 𝙁en 𝘽kan 𝙎ad𝘽oy🎭

BACA:
Lelaki langgar peraturan selamba bawa keropok babi dalam restoran halal sebagai tambahan perisa masa tengah makan
Pihak kedai runcit yang tak bertanggungjawab, ayam mentah yang terdedah jadi makanan tikus dan lalat
Pelajar universiti perhambakan diri kerana duit, sanggup jual tubuh dan relakan badan ‘diratah’ lelaki

Leave a Comment