Wanita hampir maut selepas terjumpa sesuatu dalam nasi lemak yang dibeli

Wanita hampir maut selepas terjumpa sesuatu dalam nasi lemak yang dibeli

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi yang dia telah terjumpa pisau berkarat dalam makanan yang dibelinya di satu restoran di Ara Damansara.

Thanusha mengatakan yang dia telah membeli sarapan di satu restoran berhampiran pejabatnya tapi bila makan dia terjumpa benda yang tak sepatutnya.

“Saya pesan nasi lemak. Tapi bila saya makan, saya jumpa pisau berkarat dalam nasi.”

Menurutnya, selepas penemuan tersebut, Thanusha telah berjumpa dengan pengurus kedai mamak tersebut yang mengatakan bahawa dia akan memaklumkan kepada pemilik restoran.

“Dia bagitahu saya ia bukan disengajakan dan berikan saya refund sebanyak RM4.50. Saya bagitahu saya nak jumpa bos tapi dia cakap bos tak ada.”

Wanita ini kemudiannya meminta pengurus tersebut untuk menelefonnya sekiranya pemilik restoran tersebut ada di sana namun sehingga hari ini pengurus itu kerap membuat alasan.

“Kami hanya mahu berjumpa dengan bos tersebut dan minta ganti rugi atas apa yang berlaku. Tapi sampai sekarang tak ada khabar berita.”

Thanusha mengatakan bahawa dia hanya mahu permohonan maaf dari pemilik kedai dan ganti rugi yang lebih baik dari hanya memulangkan duit harga asal nasi lemak tersebut.

“Ni bukan macam salah lain. Makanan saya ada pisau berkarat dalamnya. Kalau saya telan, saya akan cedera parah sekarang. Saya bukan nak minta banyak. Saya cuma nak bercakap dengan bos tu sendiri.”

Baca : Hanya kerana buah pinggang, lelaki ini terkejut dapat tahu hal sebenar lepas 6 tahun berkahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *