TerasMalaysia

Wanita Ini Cuak Terhidu Bau ‘Wangi’ Dekat Highway Pada Waktu Malam.. Rupa-Rupanya…

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita Ini Cuak Terhidu Bau ‘Wangi’ Dekat Highway Pada Waktu Malam.. Rupa-Rupanya…

Pantang larang orang dulu-dulu jika terhidu bau yang wangi, seeloknya jangan ditegur. Tapi kenapa ya?

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok mengenai seorang wanita yang berkongsi kisahnya apabila dia terhidu bau yang sangat wangi semasa berada di dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan ke Melaka.

@msmunirah

orang tua kata lalu dekat jalan malam2 jangan tegur bau.. tapi…….. bau ni kuat #accident #malaysiaaccidnents #trafficjam #kesesakanlalulintas

♬ dumb dumb – sped up – mazie

Difahamkan semasa kejadian, wanita tersebut telah menggunakan aplikasi Waze untuk bertanya kepada pengguna jalan raya yang lain mengenakan kesesakan lalu lintas yang dialaminya.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat kesesakan jalan raya yang dialami wanita itu memakan masa selama 21 minit yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya.

Tapi apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila hampir semua pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian juga terhidu bau wangi tersebut.

Pasti ramai yang sudah terfikir macam-macam apabila terhidu bauan yang wangi itu ditambah pula ada kemalangan di hadapan.

Setelah beberapa minit wanita itu tersangkut dalam jammed yang berlaku, akhirnya dia ternampak sebuah lori yang dilihat dalam keadaan terbalik di bahagian jalan yang bertentangan arus.

Info daripada pengguna jalan raya yang lain, lori yang terbabas itu dipercayai sedang membawa pati pewangi.

Disebabkan kemalangan yang berlaku, pati pewangi tersebut telah tertumpah atas highway berkenaan dan menyebabkan bau yang wangi di sepanjang jalan.

Ruangan komen dipenuhi dengan warganet yang meluahkan rasa terkejut setelah membaca penerangan daripada wanita tersebut. Mungkin ada di antara warganet yang bersangka perkara lain tapi lain pula yang terjadi.

Sumber

Baca : Pemuda Tumbuk Tukang Gunting Rambut Sebab Gaya Rambutnya Tak Sama Macam Artis Cina

Leave a Comment