TerasMalaysia

Wanita ini disaman suaminya kerana tak mengaku sudah berkahwin sebab judi

Wanita ini disaman suaminya kerana tak mengaku sudah berkahwin sebab judi

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Narin mengejutkan ramai apabila telah pun tampil memfailkan tuntutan saman terhadap isterinya sendiri Chaweewan. Ia susulan wanita tersebut dikatakan telah pun menyembunyikan hasil wang kemenangan loteri bernilai 12 Juta Baht (RM1.5 Juta) daripadanya.

Beberapa tahun lalu, pasangan suami isteri berkenaan telah ke Korea Selatan untuk bekerja mencari rezeki bagi melunaskan hutang yang bernilai 2 Juta Baht (RM250 ribu). Sementara Narin meneruskan pekerjaannya, Chaweewan pula pulang semula ke negara asal untuk menjaga 3 anak mereka. Lelaki berkenaan mendakwa sentiasa hantar sejumlah wang sekitar 27 ribu Baht hingga 30 ribu Baht (RM3,500 – RM3,800) setiap bulan untuk perbelanjaan sekeluarga.

Kemudian, Narin telah dimaklumkan oleh anak tentang kemenangan loteri yang disorokkan oleh wanita berkenaan. Sekembalinya ke Thailand, lelaki berkenaan bertambah terkejut mendapati ‘isterinya’ sudah pun berkahwin lain dengan seorang pegawai polis seminggu sebelumnya. Akhirnya, si suami bertindak memfailkan saman terhadap wanita tersebut dan mendapatkan keadilan serta duit yang selayaknya.

Meskipun tidak berkahwin secara sah dan mempunyai sijil, namun dengan bukti daripada rakan-rakan serta keluarga sudah cukup. Sementara itu, Chaweewan pula telah melaporkan berlaku defamation (fitnah) dengan mengatakan hubungannya bersama Narin telah lama berakhir sebelum menang loteri itu lagi. Dia mendakwa Narin telah memutuskan hubungan berkenaan melalui panggilan telefon beberapa tahun lalu selain tidak pernah hantar jumlah wang yang diperkatakan tersebut. Sehingga kini, isu mereka masih lagi berlangsung di mahkamah dan belum dapat diselesaikan.

Sumber

Baca : Gara-gara tahap oksigen air rendah, sungai ini dipenuhi dengan ikan yang dah mati

Leave a Comment