Wanita Ini Kongsi Pengalaman Suaminya Curang Sejak Dia Mengandung 6 Bulan
Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yang pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.
Saya berkahwin pada tahun 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat public listed company.
Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar tau.”
Pendekkan cite, saya turun cairan merah dan doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran.
Berhenti kerja demi suami demi anak. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami, suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor tak bagi drive dan masak).
Masa tu kandungan 4 bulan. Dipendekkan cite masa kandungan 6 bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami sampai bersalin tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.
One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui email masa saya kat KL dengan kandungan 6 bulan.
So dalam email tu semua tarikh yang dia pergi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu.
Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nak jumpa. Perasan dapat tahu dia bawa perempuan lain bercuti.
Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7 bulan and baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday.
Sedangkan saya isterinya 3 tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana-mana sebab sebelum ini gaji saya lagi tinggi dari dia, saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua.
Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation, tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.
Dah kantoi, janji tak nak jumpa lagi. Dah kantoi tu, saya email perempuan tu cakap benda sebenar.
Perempuan tu cakap dia tak tahu tu suami orang, kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Everyweek
Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya.
Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.
Masa ni kandungan 8 bulan. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-Iain. Every weekend suami cakap nak pulang ke kampung, saya tunggu tapi tak pernah sampai.
Tapi Allah maha adil. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tidur dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami.
Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, usahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pun tinggal impian.
Masa tu saya mintak dengan Allah satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.
Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan semua ini sebab tak nak bagi kantoi). Tapi takdir AlIah, 3 hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya.
Akhirnya, terbongkar… AlIah buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya, seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dgn betina tu, suami bawa betina tu balik kampung jumpa family dia. Dia cakap nak kawin.
Dia cakap saya hamil anak orang lain, kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami contact saya macam takda apa-apa yang jadi.
Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia pergi surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu. So, nak dekatkan diri dengan AIlah.
Takdir AlIah, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, dan dengar segala fittnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kampung, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya.
Kami jumpa kat kedai makan masa tu. Suapan terakhir dari suami. Tu last dia suapkan saya. And Thank you Allah sebab saya boleh peluk dia sebagaimana yang saya minta.
Saya tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu, dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.
Terlalu sakitt hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan saya boleh tengok suami saya depan saya, saya boleh peluk dia, thank you Allah. Pagi keesokkan nya saya keluar cairan merah tanda dah nak bersalin.
Ya Allah, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.
Family bawa saya ke hospital, saya masuk labor room suami datang, saya pujuk untuk rujuk time tu jugak.
Dia cakap tak payah fikir, bersalin dulu. Allahu, dalam hati kepala saya masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin.
Suami duk main telefon je masa dalam labor room. Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labor room, ”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.
Tapi lepas 5 hari kat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis and saya kena admit balik.
Saya call nak inform saya kena masuk wad, tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu.
Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia memang tak sayangkan saya. Lepas bersalin, saya pernah tak layan dia, dia ugut nak bahayakan diri.
Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik, dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nak rujuk nak duduk elok-elok dan janji nak jaga saya macam dulu.
Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Ingatkan dah betul betul berubah tapi…
Saya ingat dia betul-betul berubah, tapi bila saya check bag dia, saya jumpa dia ada telefon lain yang still contact dengan betina tu dan pada hari majlis anak tu, dia cakap kat betina tu yang dia dah lama lepaskan saya and takde pape dengan saya. Ya Allah, ape kau nak sebenarnya?
Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada perempuan tu. Saya contact betina tu dia jawab simple “Padan muka tak pndai jaga suami.”
Saya halau suami masa tu juga, and lepas tu saya contact semua orang yang rapat dengan suami masa tu.
Astagfirullahalazim, ada orang emaillkan video suami dengan betina tu duduk berasmara, siap gambar tak berbaju.
Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus pergi court. Allah je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5. Dia tetap nafikan .
Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak.
Dia berlakon tak habis-habis konon dah takde hubungan tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak.
Nafkah dia bagi Rm100 je tu pun kadang-kadang. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupun saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sebenarnya? Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat.
Allah je tahu perasaan besarkan anak sorang-sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan.
Sebenarnya saya sangat hairan ape dia nak sebab cara dia macam tak nak tapi dia keep contact saya everyday duk panggil ‘sayang’ macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today.

Anak sendiri tak peduli, birthday perempuan lain sambut. And yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dengan betina tu.
Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday betina tu. Anak kat kampung tak peduli.
Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau apa yang dia dah buat adalah sangat-sangat melampau.
Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word.
And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang saya macam mana.
Dulu kita tak pernah gaduh teruk, semua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni, awak berubah.
Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awak knl melalui tinder, (Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.
Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. It’s ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak.
Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyiksa hidup saya, tolong datang court lepaskan saya dengan elok.
Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok. Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby! Now I am husbandless and my baby is fatherless.
May Allah give you the best rewards for what you’ve done! Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak.
Nak mintak pendapat, if korang kat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni.
Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang.
By the way, just for your information, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat dan dipermudahkan urusan. Saya dah penat.
Baca : Gara-Gara Omi, Wanita Kena Rogol Dan Dikurung Dalam Kedai Runcit