Wanita ini sanggup tinggal dalam bilik penuh sampah, koridor dibanjiri saluran air tersumbat, pemilik terkejut tengok keadaan.
Apa guna kalau suka berhias cantik tapi tidak menjaga kebersihan diri. Luaran nampak kemas namun orang terdekat sahaja yang tahu hakikat sebenar.
Terbaru, satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @martasiahaan98 memaparkan satu bilik yang bersepah dan kotor sehingga menyebabkan banjir di koridor dalam rumah tersebut. Lebih mengejutkan, penghuni bilik itu adalah seorang wanita.
Dikatakan pada awalnya koridor di rumah itu bertakung air dan ketika orang ramai dan pemilik rumah mengikut aliran air tersebut, rupa-rupanya ia berpunca daripada sebuah bilik.
Bilik penuh sampah dan bertakung air
Sewaktu bilik itu diterjah oleh tuan rumah, kelihatan banyak bungkusan sampah dan lantai yang sangat kotor serta bertakung air. Apa yang menjijikkan, keadaan tilam tanpa sarung kotor berwarna hitam juga sampah berlonggokan di atas katil.

Selain itu, ada beberapa baldi yang berisi baju dalam tandas tersebut telah menutup saluran air. Paip juga tidak ditutup hingga menyebabkan air mengalir ke luar koridor rumah itu.
“Patutlah kamu tak mahu tunjuk bilik kamu.” – Tuan Rumah
Sambil merekod video, tuan rumah bertanya kepada wanita itu mengapa bilik tersebut jadi seperti itu? Wanita tersebut hanya menutup wajah tanpa menjawab soalan itu. Dia juga ada menghalau penyewa bilik tersebut namun wanita itu berkata dia akan bersihkan bilik itu.
Di ruangan komen, ramai netizen terkejut melihat keadaan bilik yang disewa wanita itu. Ada juga yang berkata, wanita ini menghidap Hoarding Disorder iaitu tabiat suka menyimpan barang yang tidak lagi digunakan.
@martasiahaan98 #kostviral #kostberantakan ♬ suara asli – GURU MASA KINI