TerasMalaysia

Wanita jadi isteri kedua lepas sondol suami orang, benda yang jadi lepas tu buat dia menyesal tak sudah

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita jadi isteri kedua lepas sondol suami orang, benda yang jadi lepas tu buat dia menyesal tak sudah

Daripada cerita ini, mesti akan ada yang akan gelak pada wanita ini. Padan muka.

Tapi ingat, ketika cerita ini dikongsi, niatnya adalah untuk beri peringatan baik kepada wanita-wanita yang ada niat untuk menjadi isteri kepada seseorang lelaki yang telah berkahwin.

Ada satu kisah di mana seorang isteri ini datang mengadu kepada saya untuk membuat permohonan fasakh iaitu membubarkan perkahwinannya dengan suami.

Wanita ini masih muda, bawah 25 tahun, elok rupanya. Bila ditanya, berapa lama telah kahwin, katanya dalam setahun lebih. Rupanya berkahwin secara senyap di Sempadan Thailand sebab suaminya adalah ‘Suami Orang’.

Saya cakap, “Puan kena buat Pengesahan Nikah Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dulu, baru boleh buat fasakh sebab sijil nikah Siam puan tak terpakai di Mahkamah Malaysia ini”.

Saya tanya, kenapa pilih untuk kahwin di Siam?

Suami saya tak mahu isteri pertama tahu. Lagi pula, mereka dah berhubungan sulit selama beberapa tahun.

Wanita tersebut pada awalnya percaya bahawa lelaki tersebut adalah seorang yang berharta. Ada kereta besar. Kiranya sebelum ini, pernah senyap-senyap keluar berjumpa dengan kereta tersebut. Pernah dibelikan hadiah Iphone 11.

Dia pula ketika itu seorang pelajar universiti sahaja. Tak ada pendapatan. Bila dia dapat lelaki yang kononnya kaya itu, dia rasakan ada orang yang boleh tanggung dirinya.

Bila dah berkahwin ni baru tahu, rupanya lelaki tersebut tidak ada pekerjaan tetap, sebaliknya isterinya yang memiliki harta-harta termasuk kereta mewah sebelum ini.

Isteri pertama pun dah dapat tahu tentang perbuatan curang suaminya serta tahu tentang pernikahan ini. Malah, isteri tersebut telah memfailkan perceraian.

Patutlah bila lepas kahwin, dia tak mahu sahkan di Mahkamah, rupanya baru tahu, suaminya itu tidak mampu. Nafkah untuk dirinya pun terabai. Sampaikan dia terpaksa pula kini, menanggung kandungan anak yang bakal dilahirkan tanpa nafkah yang cukup.

Rumah pun hanya duduk di rumah ibu bapa sendiri sahaja. Baru tahu juga, rupanya suaminya seorang panas baran. Tak cukup dengan itu, dari sehari ke sehari, datang saman baru kepada suaminya di mana bekas isteri menuntut Nafkah Anak, Nafkah Eddah, Nafkah Tertunggak dan Mutaah.

Dia akhirnya tak tahan. Rupanya, kemewahan tersebut hanya wayang dan tumpangan milik orang lain. Bukan pula harta sepencarian, sebab bekas isteri yang telah beli segalanya.

Akhirnya, wanita ini menyesal dan minta kisah ini disampaikan kepada wanita-wanita lain agar menjadi pedoman kepada mereka. Jangan kahwin semata-mata janji manis dan muka hensem sahaja. Selidik betul-betul latar belakang bakal pasangan. Kalau sanggup bermadu sekalipun, buat cara yang betul.

Ramai lagi lelaki bujang yang ok kat luar tu.

Kena ingat, kejayaan suami adalah kerana ada orang di belakang suami yang sanggup susah bersama. Lebih perit kalau suami tak sedar diri, mengaku pula ada segalanya sedangkan semua itu adalah isteri punya.

Sumber

Baca : Janda anak 11 kena serbu lepas ‘kantoi’ khalwat dengan duda, lagi 3 bulan nak kahwin

Leave a Comment