Wanita jelas nampak muka suami kena pancung dalam mimpi, rupanya ada maksud tersirat disebaliknya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita jelas nampak muka suami kena pancung dalam mimpi, rupanya ada maksud tersirat disebaliknya

Seorang wanita Thailand, Sunisa pada mulanya mengalami mimpi ngeri kepala suaminya dipancung.

Mimpi itu mendorongnya untuk melakukan siasatan dan akhirnya mendapati lelaki tersebut berlaku curang.

Di dalam mimpinya, Sunisa melihat kepala suaminya dengan jelas. Dia pada awalnya tidak mempedulikan mimpi ngeri tersebut. Bagaimanapun, apabila Sunisa gagal menghubungi suaminya pada 15 Jun lalu, dia menjadi semakin bimbang.

Selepas berulang kali gagal menghubungi lelaki itu, Sunisa menghubungi rakan sekerja suaminya di kilang mereka di Nakhon Ratchasima.

Pekerja itu bagaimanapun memberitahu Sunisa bahawa dia tidak melihat suaminya.

Sekitar pukul 6 petang pada hari kejadian, Sunisa memutuskan untuk menjejaki suaminya. Dia menemui kereta lelaki itu yang diletakkan di luar sebuah hotel sekitar waktu tengah malam.

Sunisa berkali-kali menelefon suaminya sehingga lelaki itu membuka pintu bilik hotel penginapannya dan mendedahkan seorang wanita lain berada di dalamnya.

Sunisa menyoal perlakuan suaminya dan bertanya kepada wanita tersebut sama ada dia mengetahui lelaki itu sudah berkahwin.

Wanita itu menafikan mengetahui lelaki berkenaan sudah berumah tangga walaupun terdapat pelekat di dalam kereta suaminya menyatakan ‘tempat duduk isteri’.

Sumber

Baca : Lelaki ini mengalami batuk berterusan selama 2 bulan, terkejut dapat tahu ada ‘benda’ bersarang dalam tekak

Leave a Comment