Wanita Jepun dapat hadiah masa sambut festival holi di India siap bergilir lagi

Wanita Jepun dapat ‘hadiah’ masa sambut festival holi di India, siap bergilir lagi

Perayaan warna, Holi, adalah yang paling dinikmati oleh semua perayaan Hindu. Ia menandakan berakhirnya musim sejuk di India dan mengalu-alukan musim bunga. Pada hari perayaan ini, orang bermain dengan warna, bertemu dan saling menyapa dan mencipta permulaan baru.

Perayaan tersebut adalah salah satu sambutan penting bagi penganut Hindu di India yang diraikan pada 8 Mac 2023 lalu.

Acara penuh warna warni itu turut disertai ramai pelancong asing yang ingin turut sama merasai kemeriahannya.

Baru-baru ini, seorang wanita dari Jepun apabila dia dibuli dan dikasari sekumpulan lelaki tempatan.

Video kejadian gangguan seksual terhadap wanita itu tular selepas dikongsikan di akaun Twitter @namidanamat.

Kumpulan lelaki berkenaan dilihat bergilir-gilir melumur pewarna. meraba tubuh selain memecahkan telur di kepala wanita malang berkenaan.

“Selamat Holi,” kata kumpulan lelaki itu.

“Sakit, sakit,” jerit wanita itu.

Kejadian ini dikatakan berlaku di daerah Paharganj, India dan mencetuskan kemarahan rakyat negara itu sehingga mendapat perhatian aktivis wanita Delhi, Swati Maliwal yang menganggap insiden ini sebagai kes serius.

“Video memalukan ini tular di media sosial dan menunjukkan gangguan seksual yang dialami oleh pelancong ketika perayaan Holi!

“Saya mengeluarkan notis kepada polis Delhi untuk memeriksa video ini dan menangkap pelakunya! Tingkah laku yang memalukan!,” kata Swati Maliwal.

Sumber

Baca : Selepas diserang menggunakan cota, ini keadaan terkini Kamal Adli lepas pembedahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *