TerasMalaysia

Wanita jumpa kondom atas bumbung kereta sebelum pergi kerja, ada pasangan campak lepas ‘pakai’

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Wanita jumpa kondom atas bumbung kereta sebelum pergi kerja, ada pasangan campak lepas ‘pakai’. KOTOR dan menjijikkan! Begitulah gambarannya mengenai foto tular di laman Twitter pada Khamis, memaparkan kondom yang dibuang di atas bumbung sebuah kereta.

“Selamat pagi semua, kecuali yang suka buang kondom sepah-sepah tidak ada ‘selamat’.

“Entahlah. Saya tak tahu nak marah ke sedih ke kecewa. Marah untuk apa? Bukan tahu pun siapa.

“Sedih? Who cares dude? Kecewa? For what? Teruskan sajalah hidup macam biasa,” ciap pemilik kereta yang dikenali sebagai @abcdefghermione di laman Twitter.

Wanita itu berkata dia menyedari kejadian itu ketika mahu berangkat ke tempat kerjanya.

Wanita jumpa kondom atas bumbung kereta sebelum pergi kerja, ada pasangan campak lepas 'pakai'

“Ia berlaku di salah sebuah apartment bersekuriti di Petaling Jaya. Dalam kawasan apartment.

Cuba sedaya upaya untuk ada common sense dan jaga kebersihan. Sebelum buat sesuatu benda, fikir kesannya untuk orang lain.

“Murung kita tau, pagi-pagi nak pergi kerja, tengok atas kereta ada benda macam tu. Dah la masih fresh.

“Satu kerja pula nak cuci kereta,” ujarnya yang turut berkongsi sekeping foto ketika berada di pusat cucian kereta.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut memberi pesanan kepada pelaku agar berubah dan tidak mengulangi perbuatan seperti itu.

“Kepada pelaku, saya doakan semoga awak berubah menjadi lebih baik. Jangan buang merata-rata. Walaupun perbuatan tu nampak simple dan kecil pada awak, tapi awak tak tahu yang perbuatan ‘kecil’ awak memberi kesan kepada orang lain.

“Tak baik tau buat macam tu. Dan pesanan untuk kita semua, cuba sedaya upaya untuk ada common sense dan jaga kebersihan. Sebelum buat sesuatu benda, fikir kesannya untuk orang lain,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ciapan berkenaan turut meraih pelbagai komen netizen termasuklah yang menyelar perbuatan individu berkenaan.

BACA:
Diganggu ‘benda’ dari umur 11 tahun, wanita alami perkara-perkara mistik yang pelik sampai sekarang
Jenis plug yang digunakan lain di setiap negara, tak sangka ini rupanya punca sebenar
Berang anak kandung diganggu bapa tiri, isteri nekad kerat suami buat lauk kurma

Leave a Comment